Friday, January 13, 2012

Tazkirah Ustaz Don Danial Bin Don Biyajid



Sedikit perkongsian daripada ustaz Don Danial kat PTSL,UKM,Bangi pagi tadi,antaranya:

♥amalkan dan dalami surah An-Nur kerana dalam surah ini pada awal-awal ayat, Allah telah berfirman: 
[1] Ini ialah satu “surah” yang ALLAH turunkan, dan ALLAH wajibkan hukum-hukumnya, serta ALLAH turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
[2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
[3] Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

♥Apa yang saya faham melalui Ustaz Don Danial kata: melalui surah ini,apa yang kita dapat lihat bahawa awal-awal ayat lagi ALLAH menekankan tentang ZINA dalam surah ini. ALLAH menyuruh kita mengamalkan surah ini kerana sekiranya masyarakat sekarang mendalami surah ini dan mengamalkannya, insyaALLAH kebanyakan ZINA yang berleluasa pada masa kini dapat di atasi, jika kita mendengar dan melakukan apa yang ALLAH suruh dalam surah ini.

♥Antara perkongsiannya lagi adalah, dalam surah An-Nur ayat 58,ALLAH melarang hamba sahaya dan anak-anak di bawah umur memasuki bilik Ibu Bapa tanpa izin pada 3 Waktu:
i)Waktu Sebelum Solat Subuh
ii)Ketika kamu menanggalkan pakaian luarmu di tengah hari
iii)Selepas Solat Ishak 



♥Ustaz juga berkongsi sedikit ilmu yang boleh membantu serba sedikit bagi orang yang sakit yang tidak bergerak dari tempatnya. Ustaz mengaitkan perkara ini dengan Surah Al-Kahfi ayat 18.

♥surah al-kahfi ayat 18: "..dan ALLAH balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri;.."
-Apa yang saya faham,Ustaz telah mengambil pengajaran dan tips dari ayat ini untuk merawat pesakit, dan ustaz kata mengikut pengalamannya sendiri menjaga keluarganya yang pernah sakit: "orang yang sakit ini kita kena pastikan di bahagian yang berdekatan dengan punggung berdekatan bahagian yang sulit orang yang sakit terkena cahaya matahari. Hal ini kerana, orang yang sakit ni yang tidak bergerak dari tempatnya, boleh menyebabkan di bahagian kawasan tadi boleh timbulnya penyakit kerana tidak terkena cahaya matahari dan ini boleh menambahkan lagi penyakit pada si pesakit,oleh itu, ustaz menasihatkan supaya kita membawa pesakit supaya bergerak tetapi dengan cara yang baik, contohnya memapah pesakit ke taman, supaya bahagian kawasan tadi terkena cahaya dan insyaALLAH boleh membantu pesakit daripada sembuh. Apa yang cuba dikaitkan seperti dalam ayat 18 tadi adalah kita dapat mengetahui bahawa ALLAH telah membalik-balikkan pemuda-pemuda yang ditidurkan dalam gua tadi oleh ALLAH dalam beberapa tahun dan setelah disedarkan ALLAH,  mereka dalam keadaan sihat.

♥Kepada yang muslim, ustaz juga menasihatkan supaya sekiranya kita berkesempatan menjaga keluarga kita yang sakit terutamanya di Hospital, sila sarankan kepada Doktor supaya menasihatkan dengan mewajibkan pesakitnya untuk solat. Hal ini kerana, apa yang kita dapat lihat sekarang, kebanyakan pesakit tidak solat, dan pihak Hospital tidak menekankan betapa pentingnya solat walaupun dalam keadaan sakit. Hal ini akan menyebabkan rahmat ALLAH tidak turun pada Hospital tersebut, contohnya dengan adanya kejadian Hospital yang tidak cukup bekalan darah dan sebagainya.
-Ustaz menyarankan juga kita menasihatkan Doktor, supaya apabila hendak cek pesakit, sila cek setiap waktu solat pada setiap pesakit.

Waullahu'alam
~Sekadar Berkongsi~
~Segala puji bagi ALLAH♥~


~COPIED from Info Majlis Ilmu Bangi~




No comments:

Post a Comment