Sunday, January 15, 2012

Sekadar Coretan Spontan Yang Berguna


say alhamdulillah...kalau ada orang puji..=)
tapi, jangan termakan dek pujian...rendahkan hati...jangan riak dan takbur.
jadikan pujian itu sebagai ujian dan dugaan kita di dunia. 
astaghfirullahal'azim...

Ya Allah!!! Aku Jatuh Cinta! Macam mana nak buat ni...
dah banyak kali cinta jatuh...jatuh dari katil ok lagi.
tetapi cinta jatuh ke tempat yang susah nak keluar...
nak tahu di mana?
bukan jatuh di depan seseorang...tu boleh dirawat lagi...
tetapi jatuh ke dalam hati si '...ehem ehem...' pula tu...
dahlah jatuh, terkurung, terpenjara pula tu...
kesian cinta...macam mana mahu keluar ni???
banyak songeh la cinta ni...mengada-ngada...
cinta tidak nafikan yang cinta memang banyak songeh pun...pelbagai alasan!



Ya Allah...bersihkanlah hati kami ini dari dosa kemaksiatan.
wahai akhi,,, wahai ukhti,,,
jangan bimbang, Allah SWT dah aturkan semuanya...PERFECT!
tiada yang perfect dalam dunia ni melainkan kejadian Allah SWT
so sweet kan...indahnya nikmat kurniaanMu...alhamdulillah...
lawan nafsumu! berjihad memerangi bisikan syaitan!



Jangan bimbang...berserahlah kepada Allah...kan Allah SWT dah tentukan, ajal maut rezeki dan juga jodoh kita semasa kita berumur 4 bulan lagi dalam rahim ibu kita. betul tak?



walaupun sudah ditentukan, kita kenalah sentiasa berdoa berusaha...
agar Allah lapangkan hati kita dalam menerima ketentuanNya
berpegang kepada Rukun Iman iaitu percaya kepada Qada' & Qadar Allah...
barulah dapat menerima takdir dengan redha...kan?

nak benda-benda yang baik, mesti kita minta doa kan?
macam kes ni juga...
selalu je dengar dan baca "lelaki baik untuk perempuan yang baik & sebaliknya"
jadi, berusahalah ke arah itu...

* teringat kata-kata Dr. subjek Penilaian, Penaksiran, & Kurikulum.
jika terlepas bas, bas lain akan tiba lagi*...lebih baik lagi...hmmm...ada kaitan ke dengan bab ni??? tak kisah la...



TETAPI!!!
jangan berubah untuk jadi baik, soleh solehah semata-mata untuk tujuan itu sahaja.
itu dah tidak kena...
kalau minta yang tu, dapat yang tu je lah...
yang seterus-seterusnya tidak mahu ke?
keredhaan Allah yang seterusnya mesti kita dapatkan usahakan.
sentiasa perbaiki niat balik...maklumlah niat kadang-kadang perbuatan yang spontan...perbuatan semulajadi...
*bak kata subjek Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan*
>adakah berfikir sesuatu yang semulajadi???
ianya perbuatan yang semulajadi jika terjadi dengan spontan tanpa kita sedari.
tetapi ia bukan semulajadi jika kita memaksa untuk berfikir tentang atau ingin menyelesaikan sesuatu perkara.

berubahlah dan berjuanglah dengan seikhlas yang mungkin.
mula-mula buat, mesti dalam keadaan yang terpaksa kan???
niat yang tidak suci & murni la katakan...
lepas tu...buat jangan sekali je...mana boleh berkesan...
amalkan selalu...beristiqamah...
barulah dapat merasai kelazatannya...
kalau tidak buat, biar ada rasa macam yang tidak kena...
macam solat fardhu la kan...kalau tinggalkan, rasa berdosa sangat-sangat.
bila dah terbiasa buat, niat pun sentiasa ikhlas kerana Allah SWT dan bukan niat untuk tujuan lain...barulah kita dapat keredhaan & keberkatan dari Allah SWT...



jangan letih, putus asa dalam perjuangan ini...
memang tidak dinafikan, kita kadang-kadang rasa malas je nk teruskan...
tapi bila difikirkan, apa tujuan hidup kita ni???
kita sebagai hamba Allah, memegang amanah yang cukup berat yang mesti dilaksanakan.
walaupun agak berat, Allah tidak menguji hambanya kalau kita tidak mampu.
kita teruskan secara perlahan-lahan...kerana Allah SWT.
kita mestilah berjuang, berjihad semata-mata untuk mendapatkan cinta, kasih, sayang dan keredhaan dari Allah SWT...
barulah Allah SWT tetapkan kita terutamanya HATI kita agar sentiasa berada di landasanNya...
Jika kita berjuang, berdakwah kerana semata-mata untuk mendapatkan pandangan manusiawi, kita akan rasa penat, letih lalu berputus asa.
Jadi, berharaplah kepada Allah SWT
*bak kata nasihat dari someone tu*
~baru ku sedar dan terdetik di dalam hati, lantas ku berfikir panjang~
~sungguh beratnya amanah ini~
~tetapi, tidak mengapa. saya kan Hewi Perkasa!~

carilah wasilah kebenaran di atas muka bumi ini untuk bekalan ke akhirat kelak..
sentiasalah berdoa agar kita istiqamah dalam perjuangan ini dan tidak tergelincir dari jalanNYa...
Ihdinassirathalmustaqim...
*bak kata kawan kita tu bila takut tersesat jalan*



alangkah beruntungnya kita nanti...kan kan...=)
...subhanallah...alhamdulillah...lailahaillallah...allahuakbar...


No comments:

Post a Comment