Sunday, January 15, 2012

Mohon PadaMu


Dikeheningan malam, hatiku tidak berhenti memohon, 
"Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terjadi. Engkau jualah yang memberi sinar hidayah kepada hamba-hamba yang Engkau kehendaki. Aku mohon ya Allah, pancarkanlah sinar itu kepada diriku. Agar aku terus istiqamah dalam agama-Mu."

Hatiku terus merintih.

Allah, Allah, Allah. Ampuni dosaku yang menggunung tinggi. Hapuskanlah ia seperti debu yang berterbangan. Aku tenang bersama-Mu selalu, ya Allah. Air mataku mula berlinangan.

Ya Allah ya Rahman, ya Allah ya Rahim...


Adakah kita berpura-pura? Berdoa main-main? Tidak bersungguh-sungguh? Walhal Allah itu bersama kita. Berada dekat dengan kita!

"Kita sombong! Kita penipu! Kita ego! Kita pengecut!"

Mohon doa pada Allah dengan hati. Jangan lontarkan kata-kata, tetapi hati masih buta. Mohon keampunan dengan hati. Banyak dosa kita pada Dia.


"Ya Allah, kami tidak layak untuk syurga-Mu. Namun kami juga tidak sanggup menghadapi azab siksa neraka-Mu. Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa keluaga kami dan dosa seluruh umat Islam."

"Mohon ampunlah pada Allah dengan hati kita. Dia Maha Melihat, Maha Mendengar setiap rintihan hambanya. Mohonlah taubat!!!" 

"Dosa kita mendedahkan aurat. Dosa kita meninggalkan solat. Kita tinggalkan segala suruhan-Nya. Sedangkan dia telah memperingatkan kita tentang azab yang menanti mereka yang melanggar arahan-Nya."

Jauh di sudut hatiku turut memohon pada Allah agar hati-hati ini diberikan sinar, diberi hidayah dan petunjuk.

"Akuilah diri kita ini, kita sombong, kita ego, kita penipu, kita pengecut. Janji pada diri, buang sikap-sikap ini."

"Diri kita ini milik Allah, bila-bila masa dia boleh ambil kembali. Jika tidak hari ini, mungkin esok hari. Adakah kita bersedia?" 

"Ya Allah sakitnya azabmu!!! Sakitttt!!! Ampunkan aku ya Allah!!! Hidupkan aku semula ya Allah, aku janji akan lakukan segala yang Engkau suruh! Aku akan tutup auratku, aku akan jaga maruahku. Aku akan mencintai-Mu dan pesuruh-Mu lebih daripada cinta manusia."

"Allah, Allah, Allah... Jangan sampai diri kita dipanggil oleh-Nya, baru kita mahu bertaubat. Apabila kita dipakaikan kain putih dan disolatkan, baru kita mohon untuk dihidupkan semula. Dan tika tercium bau tanah dan dibacakan talqin, kita melambai pada keluarga agar mengeluarkan kita dari liang lahad. Dan di saat malaikat Allah menjalankan tugas, kita mohon pada Allah agar diberi peluang kedua."

"Semuanya sudah terlambat..."



"Biarlah air mata yang mengalir itu menjadi titik perubahan, saksi keinsafan dan taubat kita terhadap Allah.  Dialah yang menciptakan kita semua."


"Ya Allah, aku mohon agar berubah menjadi hamba-Mu yang lebih baik selepas ini. Terimalah permohonan taubatku ini. Terangilah hatiku, ikhlaskan setiap pekerjaan yang aku lakukan. Bimbinglah aku  agar sentiasa berada di landasan yang lurus. Bimbinglah hati ku."

"Didiklah hati agar takut pada Allah. Perubahan mustahil berlaku secara mendadak, bergantung pada diri sendiri. Mohonlah pada Allah agar dipermudah segalanya. Kuatkan hati. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment