Saturday, December 10, 2011

TAUBAT NASUHA VS TAUBAT YANGYOK



DISKUSI ORANG MUDA



Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa-apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.


DOM GABUNGAN PKPIM UKM

Tarikh: 6 DISEMBER 2011/ 10 MUHARAM 1433H (Selasa)
Tempat: 3A 413 FSSK UKM Bangi.
Masa: 5.30 petang
Tajuk DOM: TAUBAT NASUHA VS TAUBAT YANGYOK
+ Adab Berzikir

ღ esok, kita puasa sunat Asyura & buka puasa sama-sama ye...
nanti, kalau nak bawa/sharing makanan sendiri pun, dialu-alukan...(lagi bagus kot..) =)

* bawa Matsurat sekali ye

ღ lapangkan hatimu dengan TAUBAT...ღ
> dah banyak kali dah saya taubat, buat solat taubat, banyak lagi lah!
tapi,...kalau x rasa lapang jugak macam mana??? 
ke, taubat saya x diterima??? fed up la macam ni...
ღ hhmmm...jangan begitu...mesti ada something wrong la tu...kan...
mesti taubat yangyok je ni kan,,,tapi xnak ngaku..bukan puasa je yangyok nye..

jom, kita sama-sama pergi ke Taman Ilmu!





ღ DOM GABUNGAN PKPIM UKM ღ

6/12/11 10 Muharam 1433H (SELASA)
Tempat:3A413 FSSK
Masa: 5.30 petang hingga 8.00 malam
Tajuk: TAUBAT NASUHA VS TAUBAT YANGYOK
Pembentang: Siti Mardhiah
Medium pembentangan: Mind Map..hmm, bagus...
Bil Ahli yang hadir :18 orang Nisa' + 9 orang Rijal

Isi usrah:

a) Bacaan Matsurat

b)sesi ta'ruf

c) bentang/perbincangan tajuk

1-Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

2-cara
-niat
-sesal dosa - istighfar
-janji tidak buat balik
-buat banyak kebaikan
-minta maaf/ampun
-doa istiqamah (3:8)

3-jenis
-taubat nasuha
-ghair nasuha

hatiღ ---> hamba ---> taubat (apa nilai taubat kita disisi tuhan??)
-taubat banyak kali
-ulang dosa
-taubat lagi
-ulang dosa lagi

ღ hati ღ (perasaan bila buat dosa)
-akan rasa resah/gelisah
-celaru
-hidup sempit

akal ---> mahmudah ---> pahala
nafsu ---> mazmumah ---> dosa ---> bencana

bila buat dosa:
->ok
->ko
??
bila rasa 'ok', mesti ada something wrong somewhere la tu...
bila rasa 'ko', alhamdulillah..still ada rasa kesal dalam hati

pada zaman Rasulullah SAW:
>maksum
>soleh/solehah
>salafussoleh

-tidak timbulkah rasa bersalah bila kita buat maksiat?
-surah Al-An'am 6:44 ---> "maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa."
-dosa bawa titik hitam hitam pada hati
-Allah pujuk hamba yang sentiasa rasa 'down'
-hadis: wahai Tuhanku,....
-taubat dilakukan brulang kali, tapi Allah Maha Pengasih tetap ampunkan dosa kita
-syirik jika berkata: "Allah tidak terima taubat aku kerana tidak jadi apa-apa pun"
-doa istiqamah dalam taubat surah Al-Imran, (3:8) ---> "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, & kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"
-jangan lepaskan nilai iman kita
-so. doa itu sebagai senjata: hanya Allah yang berhak

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

taubat yangyok (Ghair Nasuha)
-apakah hukum tangguh taubat?
-adakah berdosa? jika berdosa, adakah ia dosa kecil @ besar? wallahua'lam..sama-sama kita kaji
-1. siapa yang taubat, mereka akan ampunkan dosa umatnya
-2. sekarang ini, hanya permainkan taubat sebab ulang dosa setelah bertaubat
-3. dah rasa tidak ada apa-apa bila dah bertaubat

-adakah taubat berbeza dengan nasuha?
-mungkin boleh ubah tajuk --> taubat vs nasuha
-taubat mesti dipasangkan dengan nasuha (taubatan nasuha)
-hubungan hamba - Tuhan
-perlekeh taubat ibarat permain-mainkan tuhan
-islam taubatan nasuha
-innalahaghafururrahim
kita selalu ada sikap begitu setiap hari

-Malcom X (tokoh dari Afrika)
-kejahilan yang dahsyat
-tubuh parti untuk luaskan dakyahnya
-suatu hari, dicampakkan hidayah
-teruja bila orang Islam boleh bersama-sama walaupun berbeza warna kulit, bangsa
-hidayah dicampakkan di Baitul Mukarammah
-selepas beliau peluk Islam
-Al-Haj Malik Al-Islam (nama islam)
-dimana kesedaran kita terhadap taubat
-risalah ilahi tersebar ke Afrika
-taubat pendusta
-mesti minta ampun

Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

ღ "What Happens 'in' you is more IMPORTANT than what happen 'to' you." ღ
-apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.-

http://melayukini.net/2011/10/dosa-taubat-dosa-taubat-adakah-allah-terima-taubat-bagi-dosa-yang-berulang/


d) Adab: adab zikir

Allah telah berfirman maksudnya, ” Maka ingatlah kepadaku, nescaya AKU ingat padamu,” “Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah SWT dapat menenangkan hati”.

-membebaskan hati dari kelalaian
-semua benda di alam ini berzikir mengikut cara masing-masing
-kita berzikir secara rela @ paksa
-sedar @ tidak sedar
-ada juga zikir : hahaha hihihi huhuhu 
-secara psikologi kita
-dengan ingati Allah, hati akan jadi tenang
-dengan dengar angin, ombak, bunyi cengkerik, bunyi hujan, air dan sebagainya...hati kita akan menjadi tenang, kenapa ya???
-kerana mereka semua itu sedang berzikir kepada tuhan
-kita juga begitu kan?
-adakah dengan menyebut: hahaha... hihihi... huhuhu... sebgai zikir? mungkin ada pndapat yang boleh menjelaskan lagi tapi benda sebegini wujud tau...
-mungkin sebutan itu digunakan tapi hati tetap kepada Allah SWT
-adakah kita menjadi tenang bila dengan zikir tersebut?
-jika tidak mendatangkan manfaat, tidak payah guna
-tapi, bila dah ada perkataan baik, nama indah, kenapa tidak digunakan saja?? diganti pula dengan perkataan lain yang mungkin disalah anggap oleh kita sendiri.
-apa yang penting, hati kita.


Antara adab berzikir ialah:

1.Berzikir dapat dilakukan dengan lidah atau hati sahaja,tetapi yang sebaik-baiknya berlaku serentak di antara hati dengan lidah.
2.Sebaik-baik tempat berzikir ialah di tempat lapang dan bersih,digalakkan berzikir di surau-surau, atau masjid- masjid dan di tempat-tempat lain yang bersih dan terhormat.
3.Berzikir hendaklah dengan ada kesedaran hati,menyedari dan memahami apa yang diucapkan.Berzikir dengan penuh perhatian dan kemesraan terhadap ucapan itu, dengan itu ucapan berzikir hendaklah perlahan dan tidak cepat.
4.Taubat, yang hakikatnya adalah meninggalkan semua perkara yang tidak berfaedah bagi dirinya, baik yang berupa ucapan, perbuatan, atau keinginan.
5.Mandi dan atau wudhuk.
6.Diam dan tenang. Hal ini dilakukan agar di dalam zikir nanti dia dapat memperoleh shidq, artinya hatinya dapat terpusat pada bacaan Allah yang kemudian dibarengi dengan lisannya yang mengucapkan Lailaaha illallah.Menyaksikan dengan hatinya ketika sedang melaksanakan dzikir terhadap himmah syaikh atau guru mursyidnya.
7.Mengharumkan tempatnya untuk berzikir dengan bau wangian, demikian pula dengan pakaian di badannya.
8.Memakai pakaian yang halal dan suci.
9.Ikhlas, iaitu membersihkan amal dari segala ketercampuran.
10.Menghadirkan makna zikir di dalam hatinya.
11.Mengosongkan hati dari segala apapun selain Allah dengan La ilaaha illallah , agar pengaruh kata “illallah” terhujam di dalam hati dan menjalar ke seluruh anggota tubuh.
12.Bersikap tenang ketika telah diam (dari zikirnya), khusyu’ dan menghadirkan hatinya untuk menunggu waridudz-zikir.
13.Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya.
14.Berzikir dlm keadaan bersih dan suci drp hadas.
15.Berzikir dengan lafaz –lafaz yang terdapat dalam nas dan al-Quran.
16.Merasa Kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT.
17.Tidak berzikir semasa Qada Hajat.
18.Perbanyakkan zikir dalam suasana genting.
19.Menggunakan suara yang perlahan.

Sebab perlu beradab ketika berzikir.

1.Tidak menggangu ketenteraman orang lain
2.Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat
3.Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
4.Supaya zikir diterima Allah SWT
5.Selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW
6.Berdisiplin dalam menunaikan ibadat
7.Kerugian orang yang tidak berzikir.

Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi, sebabnya :

1.Mudah dikuasai syaitan dan terdedah dgn perkara yang dimurkai Allah SWT
2.Berada dalam keadaan gelisah
3.Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama

e) pengumuman:
-kem solat anjuran ABIM BANGI
-kem kepimpinan bitara
-kursus pengurusan jenazah
-kursus kahwin

f) Iftar Puasa Sunat Asyura

>>>ribuan ucapan terima kasih kepada insan-insan yang berhati mulia menyediakan makanan/minuman kepada kami semua untuk berbuka puasa...syukur alhamdulillah..rezeki kita hari tu...moga kalian dimurahkan rezeki oleh Allah SWT..
ღ jika kita murahkan rezeki orang lain, Allah akan bagi rezeki sepanjang hidup kita ღ



ღ nak tahu??? ღ
cara untuk membina mahligai kita yang bahagia ღ ?? 
mesti semua orang mahu kan...

bukan mahligai kat dunia, tapi kat syurga nanti...kita mesti nak rumah yang selesa, cantik, dihiasi taman, tumbuhan yang indah & sebagainya kan?

caranya...dengan berzikirlah...
dengan cara tersebut, kita mula membina mahligai kita sikit2...lama2 jadi besar la kan?? bestnya...

dengan hanya satu sebutan/zikir kalimah SUBHANALLAH, satu pokok yang amat besar di syurga nanti akan tumbuh. bukan pokok besar yang seperti di jalanan @ hutan tu, tapi...lagi besar. ibarat seekor kuda yang paling laju lariannya, mengelilingi pokok tersebut selama 500 tahun lebih tanpa henti. Subhanallah!! amat besar sekali sih...bayangkan jika kita selalu berzikir...wah, banyaknya pokok kat tempat tinggal kita kelak..

Definisi Zikir: Syeikh Ibnu Athaillah berkata:"Zikir ialah membebaskan hati dari kelalaian dengan menghadirkan hati secara terus menerus bersamaNYA. Zikir ialah menyebut nama ALLAH pada lisan dan hati agar menerusi zikrullah itu seseorang hamba itu dapat mendekatkan diri denganNYA."

"hijrah ana: Sungguh, Akuu Ingin Berubah!"

DISKUSI ORANG MUDA



DOM ASING PKPIM UKM

DOM RIJAL
Tarikh: 29 NOVEMBER 2011/ 3 MUHARAM 1433H (Selasa)
Tempat: 3A 416 FSSK UKM Bangi.
Masa: 5.30 petang

DOM NISA'
Tarikh: 29 NOVEMBER 2011/ 3 MUHARAM 1433H (Selasa)
Tempat: 3A 413 FSSK UKM Bangi.
Masa: 5.30 petang

Tajuk DOM: "Hijrah Ana: Sungguh, Aku Ingin Berubah!"
+ Adab: Ikhtilat Ikhwan Akhwat

* bawa Matsurat sekali ye kalau ada


Pelangi akan muncul selepas hujan membasahi bumi,
ingat selepas apa yang berlaku pasti akan membuat kita tersenyum redha.



DOM ASING PKPIM UKM

DOM NISA' DOM RIJAL
29/11/11 3 Zulhijah 1433H (SELASA)
Tempat: FSSK
Masa: 5.30 hingga 7.15 petang
Tajuk: "Hijrah ana: Sungguh, aku mahu berubah!"
Bil Ahli yang hadir :9 orang Nisa' + 6 orang Rijal

Isi usrah:

a) Bacaan Matsurat

b)sesi ta'ruf

c) kupas tajuk

-pernah tak timbul dalam diri kita untuk berubah?
-bila dah terfikir, buat ke tak?
-bila kita dah niat, lebih-lebih lagi untuk buat benda baik, kita cepat-cepat buat. jangan tangguh, nanti tak menjadi
-ada orang nak berubah, tapi dia kata tak sampai seru lah, wahyu tak sampai lagi la..
-hidayah & taufik
-kita dah ada/dapat hidayah
-taufik itu dari Allah, hati tak terbuka jika Allah tak bagi
-berdoalah agar hidayah yang ada pada kita dapat dikekalkan
-ada yang dapat 2 benda tersebut secara serentak (taufik & hidayah) eg: yang baru memeluk islam
-isu hina nabi

-kehidupan seorang pelajar
-bila dah smpai akhir sem baru nak buat assignment, sampaikan tak sempat nak study.
-mulalah rasa menyesal dan berniat nak berubah.
-tapi, hakikatnya perkara yang sama berlaku
-nak dapatkan kejayaan senang tapi nak kekalkan amat susah sekali


-kebanyakan orang selalu tanya apa azam tahun baru?
-ada yang jawab nak buat azam yang lepas & sebagainya
-ada yang berazam nak jadi seorang pemandu berhemah
-perlu tanam dalam hati untuk sentiasa istiqamah buat perkara baik
-1. tulis nota dalam bilik besar-besar & baca setiap hari
-2. self motivation
-cari agama dalam diri
-iman meningkat, amalan meningkat
-berniat jika aku buat sesuatu yang baik, akan dapat imbalan yang baik
-orang kafir ikut sunnatullah tapi tak dapat syariatullah
-selalu kata "moga esok akan jadi lebih baik dari semalam"

---> bincang pasal penghijrahan dalam banyak aspek tetapi difokuskan pada penghijrahan sistem pendidikan negara yang dibentangkan oleh ari.. terutamanya subjek sejarah..kemudian bincang tentang aliran pemikiran musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi, bagaimana mereka itu bijak sangat dalam mengatur rancangn untuk menakluki dunia

d) adab: IKHTILAT IKHWAN AKHWAT

-pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
-macam mana nak jaga batas pergaulan contohnya ketika mesyuarat @ sebagainya?
-kadang-kadang tak dapat kawal
-tidak terbatas melalui pergaulan realiti sahaja
-secara alam maya juga sentiasa berlaku tanpa kita sedar
-eg: melalui sms, FB, chatting & sabagainya...astaghfirullahal'azim....
-eg: hehehe...hihihi...@ smile =) ....sering diletakkan sebagai satu luahan sebab muka tak nampak kan...
-mungkan bagi sesama jantina, it's ok lagi
-tapi, bila berlainan jantina, amat tidak sesuai sekali diletakkan tanda yangg sebegitu
-mungkin timbul di hati kita, satu perasaan lain...fitrah manusia...ini yang mudaratnya....
-be aware ye sahabat-sahabat semua...sentiasalah bermuhasabah diri

-bila ada aktiviti, mesti kena ada khidmat lelaki
-macam mana nak jaga?
-syaitan sentiasa mencari peluang...agak licik
-kalau boleh jangan luahkan perasaan
-bila buat dosa, hati tidak akan tenang
-bila rasa resah, tinggalkan benda tu...taubatlah
-kadang-kadang kita tidak perasan/spontan kita mengeluarkan suara yang agak manja kepada kaum berlainan
-itu tidak bolehkan?....memang tidak boleh
-so, berkawanlah dengan orang @ berada dalam golongan orang yang baik yang saling memperingati antara satu sama lain..."behave - behave yourself"
-sentiasa timbulkan suasana yang tarbiyah
-manusia tidak pernah lepas dari dosa
-bila terlibat dalam program,
-boleh nak friendly, tapi dalam keadaan terkawal
-jaga pandangan
-cakap benda penting sahaja
-kalau suka, kahwin terus je...(cara nk jaga ikhtilat)
_zaman Rasulullah
-baitul muslim -> menguatkan gerakan




bila tengok cermin,...mula-mula buat apa???
senyumlah selebar-lebarnya...=)
sentiasalah kata pada diri, apa yang aku nak buat, apa yang aku nak jadi hari ini!!
mesti yakin!!! insyaAllah...hari tersebut akan lancar





pertambahan:
-hari asyura
hari melapangkan rezeki
-bulan haram
-kena ikut larangan & kebaikan yagn ditetapkan
-jika kita murahkan rezeki orang lain, Allah akan bagi rezeki sepanjang hidup kita
-ziarahi orang soleh & anak yatim
-perbanyakkan puasa
-huruf Ha, Ra, Mim (haram) ---> hormat
-jangan haram dari segi sudut -ve sahaja
-bubur asyura untuk disedahkan...bkn untuk brsuka ria @ saja2...(bila la blh makan ni...)

-orang yg paling cerdik ialah orang yg mengingati mati
-manusia dia tahu tapi x mahu
-kalau dia berazam, maintain dngn baik2
-amalan, tanya pada diri
mati, kematian itu, umur kita makin pendek, berkadaran dengan masa
-jadilah apa yang kamu ingin jadi kerana Allah ialah pencipta kamu

"Nikmat Kehidupan"

DISKUSI ORANG MUDA







DOM ASING PKPIM UKM

DOM NISA'
26/11/11 30 Zulhijah 1432H (Sabtu)
Tempat: Putrajaya
Masa: 8 mlm - 10 mlm
Tajuk: 'Nikmat Kehidupan'
Bil Ahli yang hadir : 8 orang + kakak & adik mar

Isi usrah:

a) sesi ta'ruf

b) kupas tajuk


"sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian"
-Al-Adiyat: 6 & 7-

Qodhoya
-macam mana nak hadapi perasaan 'down' jika terlalu banyak benda yang kena buat, bebanan, perasaan sakit hati
-tidur?
-mengadu kpd Allah?
-luahkan kpd orang yg dipercayai?
-nikmati perasaan tersebut?
-berusaha hilangkan perasaan tersebut?
-buat dek je...
-yang pasti, selepas hadapi semua itu, haruslah bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita...sabar itukan indah...walaupun pahit





-Jangan jadi manusia yang tidak tahu mengenang budi!!!
-setelah mendapat nikmat ataupun kejayaan selepas berusaha sepenuhnya, jangan lupa siapa yang selalu berada bersama kita
-jangan sombong! jangan bongkak!
-zahirkan tanda kesyukuran kita kepada Allah, kepada orang sekeliling kita
-eg: dlm khidupan seharian, ucap terima kasih
-cara bersyukur kepada Allah?

"adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadanya"

-macam mana nak bersyukur?...terutamanya pada Allah?
-caranya...jom gi party!!! (gurau je)...itu bukan caranya
-syukur atas syukur
-Allah bagi berkat jika kita rasa bersyukur
-segala peraturan dalam islam adalah yang terbaik
-sebelum tidur, fikir balik apa yang aku dah buat hari ini, apa dosa yangg sudah aku lakukan
-fikir apa nak buat esok, nak mood yang macam mana, nak buat amal kebajikan apa
-maafkan semua orang
-mohon ampun dari Allah
-kita sayangkan diri kita
-jangan zalimi diri kita dengan orang lain
-jangan sakiti hati orang lain
-Allah bagi amanah kepada kita, jadi jaga dengan sebaiknya
-jaga badan, ianya adalah amanah. biar sentiasa sihat, cantik, cergas. jngan zalimi badan kita
-rohani juga kena jaga. apa makanan untuk rohani kita? fikir sendiri..
-Saidina Ali (nikmat bersyukur)
-seorang yang zuhud
-menziarahi rumah para sahabat, Saidina Ali telah ditanya sama ada ingin minuman sejuk atau panas
-meminta air sejuk untuk minum (bukan untuk 'demand')
-tapi, sebagai tanda bersyukur apabila mendapat sesuatu yang disukai


Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada Mu'adz bin Jabal,
"Demi Allah wahai Mu'adz, aku benar-benar mencintaimu, maka janganlah engkau lupa mengucapkan selepas selesai solat;



Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah dengan baik kepadaMu
(Hadis Riwayat Abu Dawud)