Sunday, November 20, 2011

Terapi Warna Mengikut Hari


Warna Sesuai Untuk Diri Isnin hingga Jumaat


Isnin
Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.
Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa
Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (NW3).

Rabu
Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.
Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (NW9) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis
Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17).
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.
Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat
Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10).
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung NW11) dan respirasi (Paru-paru NW10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu
Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.
Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.
Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.
Defisini Resonan Warna Hari
Resonan bermasuk mach, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.
Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.
Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.
Semoga anda bergembira dengan pakaian kegemaran yang dikenakan mengikut warna yang resonan terhadap hari.

Saturday, November 19, 2011

...ღ..."Because Of You"...ღ...

 
UMMAH TALK
Tarikh: 18 Oktober 2011
Tempat: FSSK, UKM BANGI
Penyampai: Habib Naqjamuddin bin Habib Othman Al-Khered

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


Allah akan janjikan ketenangan dengan bersama zikir.
zikir bukan sahaja melafazkan tasbih, tetapi mengingati Allah, penceritaan tentang sirah nabi dan rasul

Allah akan berikan rahmat pada masa ini, cuma kita tidak nampak.

ღ dinaungi/dibentangkan sayap-sayap malaikat
kita sedang memijak-mijak sayap malaikat yang dibentangkan
syaratnya, mestilah ikhlas

Al-Bayinah
ღ Allah memerintahkan engkau, membacakan aku untuk baca surah ini kepadamu.
adakah namaku disebut oleh Allah SWT?
alangkah hebatnya kita menjadi saksi kepada Allah SWT.

ღ sebanyak manakah air mata kita tumpah kerana mengingati Rasulullah SAW??
"Rasulullah SAW banyak mengalirkan air mata kerana umatnya"

ღ amal perbuatan bergantung kepada niat.
barangsiapa yang berhijrah dengan niat kerana Allah, akan dapat ganjarannya.

ღ niat menuntut ilmu untuk mengamalkannya/ sebarkan dakwah paling utama niat menuntut ilmu kerana Allah SWT!!

ღ dengan niat, lahirlah sifat ikhlas/ keredhaan Allah SWT
niat selalu lari dari landasan.

ღ WAJIB - niat yang betul (solat) 
ღ SUNAH - buat perkara baik 

ღ niat tidak boleh berubah. Buat perkara haram menjadi makruh

Contohnya: pergi ke masjid kerana orang -> syirik

ღ nak tahu kita riak atau tidak -> kita buat sama ada di depan orang atau belakang

ღ amalan seseorang itu berdasarkan dengan niat
ღ letakkan sesuatu pada tempatnya

ღ hormat kepada ibu bapa/ suami/ isteri/ anak.

ღ niat kerana Allah, InsyaAllah akan puas hati seumur hidup/ sampai bila-bila

ღ jika cinta bukan kerana Allah, ia hanya kebohongan semata-mata

 Cinta Joyah dulu & Joyah 2011 lain...

(Joyah dulu terima jodoh melalui ibu bapa...setuju je... 
Joyah 2011, "biar saya yang tentukan jodoh saya sendiri!!!" )

ღ jika tidak ikhlas, akan dapat natijah yang tidak baik

ღ jika ada orang ikhlas, mereka bertambah kuat.

ღ Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah

Harithah - perempuan yang diangkat ke syurga firdaus (tempat yang tinggi di sisi Allah SWT)

ღ selagi kamu, isteri taat kepada suami, semua akan dapat pahala jika suami taat kepada Allah. 

dapat pahala niat kerana Allah & pahala taat kepada suami.
^.^
isteri: abang, esok ayang nak berpuasa sunatlah. abang izinkan tak?
suami: buat apa nak puasa sunat?? tak payah!
isteri: baiklah bang...(yes!!! tak payah puasa!!)
-> dapat pahala kerana taat kepada suami + pahala jika suami taat kepada Allah

ღ  sesiapa yang hiasi hati dengan muraqabah (sifat pengawasan Allah), mereka akan lakukan dengan ikhlas.
akan ada semangat melakukan sunnah

ღ kita kena faham akan hikmah di sebalik kejadian

CERITA RAJA DAN PENASIHAT

---menunggu sebab untuk dijadikan sebab---

 kadang-kadang buat bukan kerana riak tetapi kerana untuk membina diri

ღ nak bina keikhlasan kepada Allah SWT, syaitan wajib mengganggu kita

ღ syaitan sentiasa menggugat keikhlasan kita

ღ nak kata kita ikhlas atau tidak, kita tidak akan tergugat dengan kata-kata

Didik Diri, Terdidik Generasi

SEMBANG SANTAI SISWI


1. Berani
2. Belajar
 borak dengan orang, belajar menyapa dahulu, belajar menyapa mak cik- mak cik/ pensyarah
3. Persiapan Diri
jangan ada perasaan malu/ jangan malu

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   JADI MAHASISWA YANG CINTA KEPADA ISLAM  Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

> masyarakat sekarang ini sangat barah <


ღ boleh tengok orang dari bawah
ღ kanak-kanak sekarang pun dah pandai bercintan-cintun


Apa yang berlaku setelah bergelar graduan???


ღ mengganggur (makan, tidur, jadi baby sitter)
ღ Berkerjaya (beli kereta, shopping, sibuk di pejabat, balik pejabat)
ღ sederhana
ღ kebajikan kepada masyarakat


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ bimbang jadi golongan yang kedua. ini yang banyak terjadi pada masa kini.
kita akan lupa pada Allah jika kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia.
Jadilah golongan yang ketiga tadi, iaitu sederhana.




Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ  digariskan surah dalam Al-Quran yang banyak menceritakan mengenai pemuda-pemuda (orang muda). 
Ini menunjukkan pemuda ialah harapan, pewaris kepada segalanya.


KISAH MENGENAI PEMUDA AL-KAHFI

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim. Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja. Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kejaran pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.
Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT (Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-'Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).
kalau nak jadi orang baik, buat terus, Allah akan bagi jalan.
jangan nak urus diri sendiri sahaja untuk jadi baik
akhlak jadi baik, peramah sikit
jadi manusia yang ambil tahu pasal masyarakat
Nabi SAW, sewaktu zaman baginda, tunjuk kepada masyarakat kenapa sembah Allah SWT, pergi beruzlah di Gua Hira'. -> untuk didik masyarakat.
ღ jika kawan terlupa, peringatkanlah.

PERASAAN MALU
ღ muslimah, disamping berani, mesti ada perasaan malu
ღ jaga akhlak depan lelaki
ღ habislah kita jika tiada perasaan malu
ღ bercakap biar sopan/ jaga lenggok
ღ jaga pakaian
ღ jaga pergaulan dengan lelaki. tiada bertepuk tampar

CINTA
ღ cintailah Allah SWT sebagai yang pertama
ღ Allah, Rasul, ibu bapa, guru, kawan, cinta kepada idaman hati
ღ ada ke tiada ke??
ღ macam mana jika dah ada?
ღ latihlah dia jadi umat yang terhormat
ღ di bawah pengetahuan ibu bapa
ღ jangan hubungi setiap hari
ღ jangan kenal lama-lama, kawan biasa dahulu
ღ jika serius, jumpa ibu bapa, bertunang
ღ jangan terlalu beremosi sebelum kahwin
ღ cuba jadi orang yang rasional dalam berkawan
ღ berkawan secara sederhana, berkat sejahtera

BERDISIPLIN KEPADA ALLAH SWT
ingat, dalam rahim kita terdapat umat yang akan dilahirkan
pasang niat untuk nak anak yang bakal menjadi seoran yang soleh
ღ cari pasangan yang boleh menjadi pemimpin dalam hidup

JADILAH ANDA YANG SELALU MENGAMALKAN:
ღ menjadikan malu & iman sebagai pakaian muslimah
ღ jadi anak yang solehah
ღ dekatkan diri dengan majlis ilmu (masjid, kuliyah, ceramah)

TIADA SAHABAT, CARILAH SAHABAT YANG SUDI MENDIDIK KITA
KITA DILAHIRKAN DI BUMI SEBAGAI KHALIFAH, HAMBA ALLAH, SEORANG ABDI

RAHSIA KEJAYAAN
pelihara Allah, Allah akan pelihara kita
ღ programkan diri kita
ღ belajar secara study group
ღ belajar mesti fokus
ღ mesti ada partner study
ღ kena baik dengan pensyarah/selalu berhubung

SEBAB TIDAK BOLEH BERJAYA
ღ stress (belajarlah menjadi orang yang tenang
ღ jangan bertangguh
jadi seorang yang pakar dalam subjek (baca keseluruhan bab, bukan baca yang hanya masuk exam sahaja)
ღ kunci: faham sepenuhnya ketika belajar dalam kelas

niat belajar untuk kita faham akan ilmu & niatkan belajar ilmu untuk mengajar ilmu kepada orang lain

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ jadilah manusia yang seimbang Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ jangan duduk depan buku sahaja & tidak pedulikan orang lain Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ makan ubat minda (kismis, ubat minda) Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ minta restu ibu bapa Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ hidup mesti punya cita-cita Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

“…kerana manisnya pengorbanan itu…”

diskusi orang muda



Berkorban apa sahaja untuk agama. 
Berkorban apa sahaja keranaNya.
Bila berkorban, tak mengharap apa pun melainkan keranaNya.
Memberi bukan untuk meminta.
Memberi adalah kerana kita cintakanNya.
Berilah apapun. Belajar untuk menghargai, walaupun kita tidak dihargai.


Tajuk DOM: “…kerana manisnya pengorbanan itu…”


Juga mengupas:
Seksualiti Merdeka 2011


DOM RIJAL
Tarikh: 15 November 2011 bersamaan 19 Zulhijah 1432H
Masa: 5.30 petang
Tempat: 3A 416 FSSK UKM


DOM NISA’
Tarikh: 15 November 2011 bersamaan 19 Zulhijah 1432H
Masa: 5.30 petang
Tempat: 3A 414 FSSK UKM
Slot Untukmu Serikandi:
"Cantik, comel, ‘cute’ nya wanita itu...nilaian Allah."


Jika kita sanggup berkorban masa, tenaga, perasaan dan sebagainya, InsyaAllah, Allah SWT akan menggantikan balik apa yang sudah kita korbankan dan akan memudahkan urusan kita kemudian hari. 
Kita jumpa disana ya…


dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak pula melintasi suatu lembah ( berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (At-Taubah: 121)

DOM ASING PKPIM UKM

ღ DOM NISA' ღ
15/11/11 19 Zulhijah 1432H (SELASA)
Tempat: FSSK
Masa: 5.30 hingga 7.15 petang
Tajuk: "...kerana manisnya pengorbanan itu..."
Pembentang: Siti Zabihah Binti Ahmad (https://www.facebook.com/cik.sunan)
Bil Ahli yang hadir : 7 orang Nisa' + 3 orang Rijal (hadir semasa isu semasa)

Isi usrah:


a) sesi ta'ruf

b) kupas tajuk

ღ-hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
ღ-surah As-Saffat ayat 101 & 102
ღ-menjadikan seorang yang sabar
ღ-jangan lupa pengorbanan seorang ibu
ღ-jangan dilemparkan ke rumah orang tua
ღ-adakah kita setuju rumah orang tua ditambah?
ღ-pengorbanan sebagai seorang mahasiswa
ღ-apa yang perlu kita korbankan?
ღ-kita mesti menjadi lain dari orang lain
ღ-eg: pelajar sains korbankan masa untuk mencari ilmu agama
ღ-mencari organisasi untuk bentuk diri kita dari segi ketrampilan, keperibadian, kepimpinan
ღ-apa lagi ertinya pengorbanan
ღ-korbankan duit/wang untuk infak
ღ-tidak terfikirkah nilai duit yang kita terima sekarang? (PTPTN, JPA, KPM, PAMA & ...)
ღ-amanah yang kita pegang itu ialah duit hasil dari cukai rakyat
ღ-gunakan sebaiknya, kerana akan mendatangkan keberkatan
ღ-pengorbanan sebagai kawan: eg, kawan yang terdekat, tolong peringatkan tentang tugasan
ღ-cerita kisah benar seorang ibu yang melahirkan 20 orang anak
ღ-macam mana dengan anak nanti? adakah sanggup berkorban untuk ibu bapa kita nanti?
ღ-korban masa
ღ-amat menghargai & bersyukurnya apabila ditemukan oleh Allah SWT dengan seorang sahabat ini. Yang sanggup berkorban wang ringgit, masa, perasaan, dan kesihatan diri. wpun sakit, ada kelas, dia sanggup berkorban untuk kesenangan & menjaga kebajikan rakan2 dia..terima kasih Ya ALLAH. Moga kami dapat menjadi seprti dia.
nak tahu siapa? hanya orang yang mendengar masa itu shj yang tahu.
terima kasih juga kpd sahabat2 lain yang sanggup berkorban segalanya.

ღ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ...teringat kata2 seorang sahabat dlm satu perjuangan yg sama "sanggup korbankan apa yang dia mampu, SEMATA-MATA UNTUK TENGOK ORANG LAIN BAHAGIA DAN GEMBIRA. HATI PUN TURUT BAHAGIA APABILA DAPAT TENGOK ORANG TERSENYUM DENGAN APA YANG KITA KORBANKAN..." Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

-pengalaman manisnya pengorbanan masa
ღ-eg: mula2 datang ke DOM dengan keadaan yang terpaksa, tiada langsung niat untuk sertai. agak berat hati nak pergi sehinggakan sanggup berfikir nak menipu bahawa ada hal lain yang perlu diuruskan. lebih baik duduk dalam bilik, tidur ke & macam2 lagi. nasib baik tidak buat.. pergi dalm keadaan terpaksa, berat hati sebab rasa malu, takut untuk membuka mulut dan sebagainya. selalu fikir..FOR WHAT??
tetapi setelah kita korbankan masa yang hanya beberapa jam tu, WAH...begitu bermanfaatnya masa yang kita gunakan tadi. dapat ilmu, luaskan jaringan, didik diri, dapat muhasabah diri, kenal ramai kawan dan sebagainya..& diri tidak berasa kosong!!
ღ-bila dah makin lama kita bersama dalam majlis seperti ini, insyaAllah, niat kita tidak lagi berasa terpaksa. Bahkan akan dapat merasai kemanisannya...CUBALAH!!!
ღ-Allah telah gerakkan hati kita untuk sertai perkara seperti ini..bersyukurlah!

b) Isu semasa (Seksualiti Merdeka 2011)
-adakah ia +ve @ -ve?
-apa motifnya?
-mereka daripada golongan yang minoriti
-semua agama memang menolak perbuatan tersebut
-inginkan perhatian oleh umum dan kerajaan khasnya
-kita tidak boleh pandang terus perkara sebegini
-masih adakah peluang untuk kembali kepada asal?
-ada masa kita perli secara terus tp jangan menyakiti hati golongan ini
-ibu bapa kena mainkan peranan yg penting
-beza lelaki lembut semulajadi dengan yg buat2 kerana faktor persekitaran
-jangan menjauhi secara terus golongan ini
-ada kisah pelajar yang ditawarkan dengan kebendaan hanya untuk memasuki/jadi seperti golongn tersebut
-perkara ini bergantung kepada pendirian masing2
-telah bermula 2008 lagi tapi telah dimeriahkan lgi pada 2011 ini
-fenomena yg dahsyat
-tdk boleh salahkan Ambiga & marina 100%
-dalam konteks undang2, (perlembagaan 10) dibolehkan untk berhimpun
-MACAM MANA NAK GERAKKAN DAKWAH TANPA JEMAAH?? ianya boleh tetapi kekuatan kurang

c) pengumuman
1. BAKTISISWA 2.0 di dengkil selangor 18-20 Disember 2011
2. perkhemahan generasi murabbi anjuran PKPIM UIA Gombak 18-20 Disember 2011
3. kem solat HELWA ABIM Bangi. program pada Disember ini. Memerlukan fasilitator untuk adik2 tahap 1 sekolah rendah 10 Disember 2011 (Sabtu)
4. Hari keluarga ABIM Bangi
5. Hi-Tea Alumni PKPIM > 26 Disember 2011-Isnin (memerlukan 5 orang wakil dari UKM sebagai AJK Tugas-Tugas Khas). 2 lagi kekosongan
6. Kem Kepimpinan Muda Bintara 2011 9-11 Disember 2011. ILIM, Besut Terengganu.

berminat?

Berdiskusi bukan sekadar perkara remeh yg boleh kita permainkan

kalau boleh, atur jadual kita dengan baik agar kita dapat sertai apa-apa program yang boleh bagi manfaat kepada kita. kita boleh mengasah bakat kita, dapat luaskan jaringan, dan tarbiyah yang diterima juga lebih dapat dijiwai dengan baik.