Saturday, November 19, 2011

“…kerana manisnya pengorbanan itu…”

diskusi orang muda



Berkorban apa sahaja untuk agama. 
Berkorban apa sahaja keranaNya.
Bila berkorban, tak mengharap apa pun melainkan keranaNya.
Memberi bukan untuk meminta.
Memberi adalah kerana kita cintakanNya.
Berilah apapun. Belajar untuk menghargai, walaupun kita tidak dihargai.


Tajuk DOM: “…kerana manisnya pengorbanan itu…”


Juga mengupas:
Seksualiti Merdeka 2011


DOM RIJAL
Tarikh: 15 November 2011 bersamaan 19 Zulhijah 1432H
Masa: 5.30 petang
Tempat: 3A 416 FSSK UKM


DOM NISA’
Tarikh: 15 November 2011 bersamaan 19 Zulhijah 1432H
Masa: 5.30 petang
Tempat: 3A 414 FSSK UKM
Slot Untukmu Serikandi:
"Cantik, comel, ‘cute’ nya wanita itu...nilaian Allah."


Jika kita sanggup berkorban masa, tenaga, perasaan dan sebagainya, InsyaAllah, Allah SWT akan menggantikan balik apa yang sudah kita korbankan dan akan memudahkan urusan kita kemudian hari. 
Kita jumpa disana ya…


dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak pula melintasi suatu lembah ( berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (At-Taubah: 121)

DOM ASING PKPIM UKM

ღ DOM NISA' ღ
15/11/11 19 Zulhijah 1432H (SELASA)
Tempat: FSSK
Masa: 5.30 hingga 7.15 petang
Tajuk: "...kerana manisnya pengorbanan itu..."
Pembentang: Siti Zabihah Binti Ahmad (https://www.facebook.com/cik.sunan)
Bil Ahli yang hadir : 7 orang Nisa' + 3 orang Rijal (hadir semasa isu semasa)

Isi usrah:


a) sesi ta'ruf

b) kupas tajuk

ღ-hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
ღ-surah As-Saffat ayat 101 & 102
ღ-menjadikan seorang yang sabar
ღ-jangan lupa pengorbanan seorang ibu
ღ-jangan dilemparkan ke rumah orang tua
ღ-adakah kita setuju rumah orang tua ditambah?
ღ-pengorbanan sebagai seorang mahasiswa
ღ-apa yang perlu kita korbankan?
ღ-kita mesti menjadi lain dari orang lain
ღ-eg: pelajar sains korbankan masa untuk mencari ilmu agama
ღ-mencari organisasi untuk bentuk diri kita dari segi ketrampilan, keperibadian, kepimpinan
ღ-apa lagi ertinya pengorbanan
ღ-korbankan duit/wang untuk infak
ღ-tidak terfikirkah nilai duit yang kita terima sekarang? (PTPTN, JPA, KPM, PAMA & ...)
ღ-amanah yang kita pegang itu ialah duit hasil dari cukai rakyat
ღ-gunakan sebaiknya, kerana akan mendatangkan keberkatan
ღ-pengorbanan sebagai kawan: eg, kawan yang terdekat, tolong peringatkan tentang tugasan
ღ-cerita kisah benar seorang ibu yang melahirkan 20 orang anak
ღ-macam mana dengan anak nanti? adakah sanggup berkorban untuk ibu bapa kita nanti?
ღ-korban masa
ღ-amat menghargai & bersyukurnya apabila ditemukan oleh Allah SWT dengan seorang sahabat ini. Yang sanggup berkorban wang ringgit, masa, perasaan, dan kesihatan diri. wpun sakit, ada kelas, dia sanggup berkorban untuk kesenangan & menjaga kebajikan rakan2 dia..terima kasih Ya ALLAH. Moga kami dapat menjadi seprti dia.
nak tahu siapa? hanya orang yang mendengar masa itu shj yang tahu.
terima kasih juga kpd sahabat2 lain yang sanggup berkorban segalanya.

ღ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ...teringat kata2 seorang sahabat dlm satu perjuangan yg sama "sanggup korbankan apa yang dia mampu, SEMATA-MATA UNTUK TENGOK ORANG LAIN BAHAGIA DAN GEMBIRA. HATI PUN TURUT BAHAGIA APABILA DAPAT TENGOK ORANG TERSENYUM DENGAN APA YANG KITA KORBANKAN..." Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

-pengalaman manisnya pengorbanan masa
ღ-eg: mula2 datang ke DOM dengan keadaan yang terpaksa, tiada langsung niat untuk sertai. agak berat hati nak pergi sehinggakan sanggup berfikir nak menipu bahawa ada hal lain yang perlu diuruskan. lebih baik duduk dalam bilik, tidur ke & macam2 lagi. nasib baik tidak buat.. pergi dalm keadaan terpaksa, berat hati sebab rasa malu, takut untuk membuka mulut dan sebagainya. selalu fikir..FOR WHAT??
tetapi setelah kita korbankan masa yang hanya beberapa jam tu, WAH...begitu bermanfaatnya masa yang kita gunakan tadi. dapat ilmu, luaskan jaringan, didik diri, dapat muhasabah diri, kenal ramai kawan dan sebagainya..& diri tidak berasa kosong!!
ღ-bila dah makin lama kita bersama dalam majlis seperti ini, insyaAllah, niat kita tidak lagi berasa terpaksa. Bahkan akan dapat merasai kemanisannya...CUBALAH!!!
ღ-Allah telah gerakkan hati kita untuk sertai perkara seperti ini..bersyukurlah!

b) Isu semasa (Seksualiti Merdeka 2011)
-adakah ia +ve @ -ve?
-apa motifnya?
-mereka daripada golongan yang minoriti
-semua agama memang menolak perbuatan tersebut
-inginkan perhatian oleh umum dan kerajaan khasnya
-kita tidak boleh pandang terus perkara sebegini
-masih adakah peluang untuk kembali kepada asal?
-ada masa kita perli secara terus tp jangan menyakiti hati golongan ini
-ibu bapa kena mainkan peranan yg penting
-beza lelaki lembut semulajadi dengan yg buat2 kerana faktor persekitaran
-jangan menjauhi secara terus golongan ini
-ada kisah pelajar yang ditawarkan dengan kebendaan hanya untuk memasuki/jadi seperti golongn tersebut
-perkara ini bergantung kepada pendirian masing2
-telah bermula 2008 lagi tapi telah dimeriahkan lgi pada 2011 ini
-fenomena yg dahsyat
-tdk boleh salahkan Ambiga & marina 100%
-dalam konteks undang2, (perlembagaan 10) dibolehkan untk berhimpun
-MACAM MANA NAK GERAKKAN DAKWAH TANPA JEMAAH?? ianya boleh tetapi kekuatan kurang

c) pengumuman
1. BAKTISISWA 2.0 di dengkil selangor 18-20 Disember 2011
2. perkhemahan generasi murabbi anjuran PKPIM UIA Gombak 18-20 Disember 2011
3. kem solat HELWA ABIM Bangi. program pada Disember ini. Memerlukan fasilitator untuk adik2 tahap 1 sekolah rendah 10 Disember 2011 (Sabtu)
4. Hari keluarga ABIM Bangi
5. Hi-Tea Alumni PKPIM > 26 Disember 2011-Isnin (memerlukan 5 orang wakil dari UKM sebagai AJK Tugas-Tugas Khas). 2 lagi kekosongan
6. Kem Kepimpinan Muda Bintara 2011 9-11 Disember 2011. ILIM, Besut Terengganu.

berminat?

Berdiskusi bukan sekadar perkara remeh yg boleh kita permainkan

kalau boleh, atur jadual kita dengan baik agar kita dapat sertai apa-apa program yang boleh bagi manfaat kepada kita. kita boleh mengasah bakat kita, dapat luaskan jaringan, dan tarbiyah yang diterima juga lebih dapat dijiwai dengan baik.

No comments:

Post a Comment