ummah talk
Guru kepada Imam Malik berkata:
" apa yang kamu buat apabila ketika ajal mendatangimu, adakah semasa solat, menuntut ilmu atau sebagainya...?"
dijawab, "aku mahu ajal menjemputku semasa menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu tinggi darjatnya"
Apa maksud akidah?
Ia adalah satu simpulan, akidah, perjanjian antara makhluk dan Khalidnya yang bererti pendirian kepada Allah SWT.
Definisi Akidah
Satu benda yang tidak boleh dirunding, tidak boleh dikompromi, tidak boleh dibawa berbincang lagi, dan tidak boleh ditawar lagi.
Begitu banyak mazhab yang membawa atau ada pandangan masing-masing.
Kristian, mempunyai 3 dalam 1 (trinity), 3 keperibadian dalam 1.
Hindu, Trimurthi (Brahma, Shahma, ....)
Akidah tidak boleh dikompromi.
Contohnya: (fikir ikut pemikiran orang yang dewasa, jangan pemikiran kanak-kanak) tidak solat tidak apa, tidak puasa tidak apa lagi, tapi jangan sampai rosak akidah.
Orang yang tidak solat atau melakukan kewajipan sebagai seorang muslim, akan masuk neraka sahaja untuk bersihkan dosa kerana jika masih ada syahadah, dan akhirnya boleh masuk syurga.
Jika rajin buat ibadah tetapi tidak percaya tentang kemutlakan Allah, akan kekal di neraka selamanya. Putus dari rahmat Allah.
Cara pendakyah lain datang untuk menyesatkan kita:
1. menyerang kita secara ilmiah
2. menggunakan material (wang, wanita, pangkat, dsb...) --->ramai yang fail(simpulan terungkai)
3. kekerasan
akidah tidak boleh dirungkai atau diubah tanpa simpulan
Ancaman kini bergerak dengan lebih cepat.
Akidah kita sebenarnya di ambang parah dengan bukti kes-kes sekarang.
Orang yang bergantung kepada makhluk, telah lari dari akidah Allah.
orang sekarang telah percaya kepada sebab musabab lebih dari Allah.
Allahlah yang berkuasa membuat sesuatu benda.
kalau Allah tidak membuat sebab, nanti tidak tahu sebab sesuatu perkara yang berlaku dan akan salahkan Allah.
Kita tidak payah fikir pasal rezeki kerana Allah SWT yang akan beri, kita hanyalah perlu berusaha.
Kita sebenarnya lemah dari segi keyakinan dan ianya amatlah terhad.
Apabila kita tidak nampak Allah, bukan bermakna Allah tiada tetapi terbatasnya mata kita untuk lihat Allah SWT.
Seperti juga kita tidak nampak roh kita, tetapi roh itu tetap ada dalam jasad kita, yang menggerakkan jasad kita.
BUKAN TIDAK NAMPAK TETAPI TERHAD:
1. benda jauh tetapi tidak nampak.
2. dekat sangat tetapi tidak nampak.
3. gelap sangat.
4. cerah sangat.
Kita kena beriman kepada perkara ghaib.
80% kajian yang di buat, pelajar IPTA 'couple' dan memegang tangan.
70% ringan-ringan dan berpeluk.
Hampir 70% seks bebas dengan pasangan.
Kegagalan orang Islam setelah dijajah oleh dunia.
Anda rugi jika tidak pilih Islam.
Cuma iman selalu goyah.
Tengok Islam pada orang Islam adalah salah.
Kena tengok Islam dari Nabi kita iaitu Rasulullah SAW. Qalibun kita.
Hargailah akidah kita.
'Kita selalu lambat ketika mengejar kereta api yang laju.'
Jadilah Muslim dari zahir dan batin.
Bagaimana nak hayati akidah?
---> cuma kena faham sahaja.
---> muslim yang tidak tunjuk muslim yang sebenar bukan salah Islam tetapi salah muslim tersebut yang tidak menggunakan Islam dengan sebaiknya.
cari dan tuntutlah ilmu, baru boleh berhujah secara ilmuah tanpa menggunakan emosi.
No comments:
Post a Comment