Saturday, January 7, 2012

"Siyasah Syariyah" & "Lawan Nafsumu Yang Bermaharajalela"

DOM ASING PKPIM UKM
DOM ASING PKPIM UKM

DOM RIJAL
Tajuk: Perundangan Islam - Siyasah Syariyah
Tarikh: 13 DISEMBER 2011/ 17 MUHARAM 1433H (Selasa)
Tempat: FSSK UKM Bangi (bilik yg 0)
Masa: 5.30 petang
.
.
.
.
.

DOM NISA'
Tarikh: 13 DISEMBER 2011/ 17 MUHARAM 1433H (Selasa)
Tempat: 3A 413/ bilik yg 0, FSSK UKM Bangi.
Masa: 5.30 petang
Tajuk: "Lawan Nafsu Yang Bermaharajalela!"
+ Adab: Kawal Emosi Marahmu
DOM ASING PKPIM UKM

DOM RIJAL
3A415 FSSK
Tajuk: SIYASAH SYARIYAH
Bil Ahli yg hadir:

DOM NISA'
13/12/11 17 Muharam 1433H (SELASA)
Tempat: 3A 413 FSSK
Masa: 5.30 hingga 7.15 petang
Tajuk: " Nafsu Yang Bermaharajalela!"
+ Adab: Kawal Emosi Marahmu
Bil Ahli yang hadir :10 orang Nisa'


Isi usrah:

a) Bacaan Matsurat

b)sesi ta'ruf

c) kupas tajuk
-ta’aruf nafsu dan cara mengawalnya
-ialah satu elemen sifat penciptaan manusia
-Allah SWT mmasukkan nafsu ke dalam diri manusia
-satu elemen perasaan manusia yang suka kepada sesuatu perkara sama ada baik @ tidak
-nafsu ada tempat tinggal juga…kat mana ye??
-ada dalam jiwa kita yang sentiasa memainkan peranannya apbl manusia melihat & fikirkan sblm jiwa itu mndefinisikannya
-jiwa itu sangat luas
-firman Allah menyebut hati itu sebgai jiwa manusia
-nafsu jgn disalah ertikan sebagai yg negative
-nafsu ibarat sebuah rumah dalam jiwa
-so, kena kawal ia sprt kita jaga barang2 dlm rmh kita

-kawal nafsu yg xbaik ini prlu kpd pmbrsihan jiwa (tazkiyatul Nafs)
-1.baca Al-Quran dan faham makna
-2.khusyuk solat “Allah brfirman: dirikanlah solat ssngghnya solat itu mncegah dari kmungkaran & kmasiatan”
-3.mndekati majlis2 ilmu/kelas agama yg blh mmpringati kita
-Rasulullah SAW sngt mnkankan ttg adanya jihad batin, maknawi @ jihad mlawan hawa nafsu.

*kosongkan perut, yakni berpuasa

* https://www.facebook.com/note.php?note_id=165858056766811

-ketika blk dr 1 pprngan yg dahsyat mlawan kaum Musyrikin, Rasulullah SAW brsabda yg brmaksud:
Kita baru kmbli dr 1 pprgn yg kcil untk msuki pprgn yg lbh bsr. Shabat trkjut & brtnya, “pprangan apkh itu wahai Rasulullah?”, Baginda brkata, “pperangan melawan hawa nafsu.” (Riwayat Al-Baihaqi)
-Sesengguhnya hawa nafsu itu sangat membawa kepada kejahatan. (Yusuf:53)
-Jngnlah kamu mngkuti hawa nafsu krn ia akn mnysatkn kamu dr jln Allah. Ssngghnya org2 yg sesat dr jln Allah akn mndapat azab yg berat krn mrk melupakan hari prhtungan. (38:26)

-baik & bruknya mnusia brgantung kpd thp ksucian batinnya/nafsunya
-ada 2 pngrtian:
1.-meliputi segala tabiat2 sprt marah, syahwat, hasad dengki,dendam, riak dsb..
-nafsu jg ada pd binatang
-nafsu tiada sama sekali pada malaikat
-Rasulullah SAW bersabda: “sejahat2 musuh engkau ialah nafsu engkau yg terletak di antara 2 lambung engkau”
2.brkaitan kjadia “latifah rabbaniyyah”, iaitu ssuatu yg batin yg x dpt d lihat dgn mata kasar, sblknya mlbatkn soal krohanian

-ada 7 peringkat nafsu…rasanya anda berada pada tahap yg mana??

1. Amarah
Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

2. Lawammah
Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.
Antara sifat nafsu lawwamah adalah:
1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagim pada diri sendiri yakni ‘ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum’ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri

3. Mulhamah
Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.
Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:
1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2.. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu’
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

4. Mutmainnah
Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.
Antara sifat-sifat maqam ini adalah:
1. Taqwa yang benar.
2. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

5. Radhiah
Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.
Sifat-sifatnya:
1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini

6. Mardhiah
Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara “khafi-filkhafi”, maknanya secara penyaksiaan ‘basitiah’ iaitu penyaksian sifat ma’ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af’al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af’al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri.
Sifat-sifatnya:
1.. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.

7. Kamaliah
Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai “baqa billah”, Kamil Mukamil”, Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

-nafsu adakala jahat adakala baik
-akan jadi baik jika dilatih
-Imam Al-Ghazali mngibaratkan nafsu itu sbgai anjing, bila dilatih ia akan dapat jadi baik

***kisah malaikat harut & marut >>> http://ustmuhammad.wordpress.com/2009/01/06/kisah-harut-dan-marut/

Doa mengawal nafsu:
“Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’”
-Ya Allah, aku berlindung kepadaMua dari akhlak, amal, dan hawa nafsu yang munkar (HR. Tirmidzi no 3591, shahih)


d) adab: Mengawal Emosi Marah


-Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki mmnta nsihat drpd Nabi SAW, katanya, “Berilah wasiat kpdaku”. Sabda nabi SAW, “janganlah engkau marah”. Lelaki itu mengulangi (permintaanya) bbrapa kali. Rasulullah SAW ttp bersabda, “janganlah engkau marah”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
-sesi energize dari exco BLP (kesan akibat marah seseorang)
-dikaitkan dengan notes kak Akmariah Abdullah >>> https://www.facebook.com/note.php?note_id=332677726745902
-cara ubati marah

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
*juga terdapat dlm majalah Gen Q edisi 05

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

*marah adalah perkara biasa
*Allah selitkan dlm diri
*kadang2 xblh kawal jika PMS, brda d situasi yg x d jangka @ perkara kecil
*apbl marah, akan mngeluarkan 1 cahaya infra merah yg mmbuatkan syaitan lg tertarik...so, btambahlah marah tu..
*biasanya kita selalu marah dgn org yg rapat dgn kita...betulkan??? eg: adik beradik sdiri...air yg dicincang, xkan putus..betul x?? marah, bergaduh, tp alih2..berbaik jgk..
*jika kita jumpa dgn org yg kita pernah rasa marah sngt2 suatu ktk dhulu, ada lgi prsaan marah wpun dah maafkan ksalahannya....itu brmakna mulut je mengukap kemaafan tp hati, belum lagi...
*sentiasalah bermuhasabah diri...astaghfirullahal'azim..
.daku mohon kemaafan dari kalian semua...sesungguhnya manusia sentiasa melakukan kesilapan...
 Nabi Adam menelan anak syaitan: https://www.facebook.com/notes/cinta-allah-yang-abadi/nabi-adam-menelan-anak-syaitan/165858056766811
 Kisah Harut dan Marut: http://ustmuhammad.wordpress.com/2009/01/06/kisah-harut-dan-marut/
berhati-hati dengan hati kita:  http://www.mindamadani.my/content/view/255/2/
dinamika siyasah syariyyah: http://www.mindamadani.my/content/view/73/6/
Filem Tomato: http://www.youtube.com/watch?v=-yZzNiOJimA&feature=share
 

No comments:

Post a Comment