Wednesday, January 11, 2012

SEINDAH MAWAR BERDURI


BICARA SISWI





Bicara Siswi
Seindah Mawar Berduri
23/12/2011 (Dewan Anuar Mahmud, FST)
Ustazah Fatimah Sharha bt Mohd Noordin

-wanita ada hijab/peraturan dari Allah SWT
-ada perlindungan dari Allah
-Allah sudah sampulkan kita
Allah ada sebut secara spesifik di dalam Al-Quran tentang siapa Mawar Berduri itu
-istimewanya Mariam (sekuntum mawar berduri)
-seorang gadis suci/ibu kepada Isa as/anak kepada Imran

Kenapa Maryam diangkat oleh Allah SWT?
• Kuat menuntut ilmu (dari Nabi Zakaria) – seseorang itu akan diangkat darjatnya kerana ilmu
• Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT
• Berperibadi mulia/akhlak baik/tidak membalas kekasaran orang lain yang berkasar terhadapnya
• Tekun berabdi kepada Allah
• Punyai satu impian iaitu ingin melihat Isa (penyelamat umat manusia)

Ciri-ciri Mawar Berduri (Surah Al-Ahzab:35)
• Al-Muslimat
Islam itu memberi sistem nilai, wanita yang lahir dalam Islam akan rasa bahagia. Insan yang bertakwa akan layak untuk mencapai piawaian Allah SWT.
• Al-Mu’minat
(yang beriman)
Adakah aku seorang yang beriman?
Untuk mencapai takwa disisi Allah.
• Al-Qoonitat
Menjaga solat, bangun malam, ibadat kepada Allah.
• As-Sodiqat
Bercakap benar, elakkan bohong, tapi berhelah dibolehkan.
• As-Sobirot
Sabar terima ujian dari Allah. Allah bersama dengan orang yang sabar. Sabar itu indah.
• Al-Khosyiat
Orang yang khusyuk
• At-Tasoddiqal
Orang yang banyak bersedekah.
Memaniskan muka kepada semua, yang paling utama ialah kepada kaum kerabat sendiri. Mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala eratkan silaturahim.
• As-Soimat
Wanita yang banyak berpuasa
Menjadi salah satu cirri wanita yang solehah.
*banyakkan berpuasa semasa pelajar lagi
• Al-Hafizot
Orang yang menjaga farajnya.
Bagi makan, bagi ilmu bagaimana nak jaga. Iaitu dengan menahan dari berduaan dengan pasangan yang bukan mahram dan sebagainya.
• Orang yang banyak ingat kepada Allah SWT.
Macam mana nak rasa Allah ni dekat dengan kita?
Dengan bantuan siapa untuk melihat Allah?
Dengan mata hati, iaitu melihat Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah



Isu-isu Wanita.
• Hijab
Hijabkan hati kita dari benda yang kotor/yang menaikkan syahwat
Ada tiga perkara:
1. Khimar
2. Jilbab
3. Hijab

Khimar -> tudung yang menutupi dada (menutup juyub kamu iaitu belahan bukaan dada)
Jilbab -> jubah, baju kurung dsb..

Tabarruj -> menampakkan benda yang sepatutnya ditutup.

• Faraid
Lelaki mendapat lebih dari wanita.
Lelaki 2 : wanita 1
Lelaki banyak tanggungjawabnya iaitu kepada ibu bapa, adik-adik.
Tetapi wanita sebenarnya mendapat lebih dari itu jika dipandang dari sudut hikmahnya.

• Poligami
Tiga prinsip bila membina rumah tangga:
1. As-Sakinah
2. Al-Mawaddah
3. Ar-Rahmah

Pandangan 1:
“for every 100 women who are not married in Malaysia. There are 130 unmarried men”


Hokum harus jika kita membenci / tak nak kepada perkara yang harus buat.
Eg: poligami

 Tiga hak bila suami minta poligami:
1. Merelakan sebabnya kita bergantung kepada nafkah suami.
2. Pertahankan monogamy di mahkamah. (jika kita rasa akan rosakkan pada masa hadapan)
3. Minta dibebaskan. (kalau nak selamatkan akidah)
(tidak cium bau syurga sebab kalau minta cerai tanpa sebab)


Khuluk -> tebus talak

o Orang yang bijak, dah sedia fikir benda yang akan datang.


• Lelaki lebih ramai dari wanita (kajian oleh Au Yeong How)
• 14562 638 lelaki
• 13771 497 wanita
*Jangan bimbang dengan lelaki tak cukup, tetapi bimbangkan seberapa ramai yang soleh?

Pandangan 2:
Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami akan berhujah/berkata:
“poligami ini adalah sunnah Rasulullah SAW, tiada siapa ada hak untuk menghalang sunnah nabi, barang siapa yang menghalang sunnah nabi, maka dia bukan dari kalangan nabi”

-Nabi SAW, bermonogami lebih lama dari berpoligami:
-Monogami 25 tahun
-Poligami 10 tahun

-Sunnah untuk monogami adalah lebih baik.
-Hukum poligami hanyalah harus.
-Hukum kahwin adalah sunnah.

-Nabi Sulaiman/Nabi Daud pernah beristeri ramai.
-Ketika itu wanita memang bergantung kepada nafkah lelaki.
-Sekarang tidak begitu lagi.

Kenapa mesti empat (4)???
> Ianya menerangkan tentang ‘mengurangkan’ bukan ‘galakan’ untuk menambah.
> Nak berpoligami? Boleh, ta[I mesti wajib patuhi syarat yang satu ini:
Syarat ketat > berlaku adil

Surah An-Nisa : 3
- Kalau tidak mampu beri nafkah kepada anak yatim, kahwinlah 2, 3, 4.
- Kalau tidak mampu kahwinlah 1 sahaja.

Tiga jenis perkahwinan:
- anak yatim
- nikah 2, 3, 4
- nikah 1 paling utama, sebab dekat dengan tidak aniaya
An-Nisa: 219

Berpakaian ikut piawaian Allah SWT:
~tidak terbentuk lekuk-lekuk dada atau berjalan genik – genik
~tidak termasuk tabarruj jika punggung atau dada besar sebab ianya dah lahiriah begitu.
~Illamizzahraminha
~Jika ditiup angin, dan terbentuk tubuh, itu tidak mengapa.


Sesi Soal Jawab:
> Sifat khauf dan rajak itu saling beriringan.
> Akan normal, apabila rasa perasaan dah cukup ilmu. (tapi sebenarnya ianya ujub, riak, takbur)
> Selagi kita hidup, ilmu tidak pernah cukup. Jadi, sampaikanlah apa yang kita dah ada.
> Syaitan selalu pujuk, menyuruh kita berhenti mencari ilmu.
> Majukan diri kita, jangan cepat rasa terhalang.
> Istighfar bukan untuk ampunkan dosa sahaja tapi untuk mebuka hati kita ke jalan Allah.
> Mintalah fatwa untuk hatimu.


• Capailah yang kita mampu selagi kita mampu mencapainya.
• Kita tidak berhak nak mengapi-apikan orang.
• Bagi ilmu kepada masyarakat.


Zina Hati.
o Kalau ada rasa tersuka/tersyok/terkagum, itu semua adalah fitrah (semuanya kejadian)
o Fitrah boleh bertukar kepada fitnah.
o Perasaan tersebut boleh jadi kearah zina hati.
o Suka seseorang, tapi jika teruskan mengingat kepada dia, boleh jadi fitnah, jadilah zina hati.
o Cinta kamu kepada sesuatu boleh buat kamu jadi buta dan tuli.
o Cinta hadir bukan pada masanya jika rasa nak berada dekat dengan dia.
o Berpuasa syahwat > menawan/nikah dulu
o Jangan biasakan diri dengan keadaan begitu
o Wanita itu, tidak boleh berurusan dengan mana yang bukan mahram kecuali jika ada urusan yang benar-benar penting.
o Banyakkan menghijab diri.
o Bila jawab dengan Allah nanti, itu memang urusan yang penting.
o Kalau benda yang boleh elak, elak dulu.

Ibnu Qayyim:
“cinta itu boleh jadi arak yang memabukkan”
Terbuat jika kita tidak mampu buat.

- Nak berubah kerana Allah dan Rasul, kita akan dapat Allah dan Rasul
- Nak berubah kerana orang, kita tidak akan kuat untuk meneruskan perubahan secara kekal.
- Ada wanita berubah sebab nak dapatkan lelaki soleh dsb..
- Wanita ini tidak akan kuat.
- Sentiasa bersangaka baik kepada Allah SWT

Pilihan diri dan pilihan keluarga.
- Islam mengiktiraf untuk menentukan hak kita,
- Berhak untuk pilih yang lebih soleh
- Derhaka kepada ibu bapa jika kita tolak yang baik


No comments:

Post a Comment