Friday, January 13, 2012

Riadah PKPIM ~study week~

RIADAH PKPIM UKM
STUDY WEEK



FRISBEE: 
29 DISEMBER 2011
Pusat Sukan UKM
9.00 pagi
Kullim:


Tazkirah sebelum mula:
Adab-adab Menguap

-Menguap adalah sesuatu yang berasal dari syaitan.
-tidak disekaui oleh Allah SWT kerana ia adalah isyarat pemikiran yang lalai, tumpul lagi dibuai perasaan mengantuk.

> Padahal seorang muslim hendaklah sentiasa cergas, tajam lagi peka.
> Kita akan rasa mengantuk bila tiba waktu kebiasaannya untuk tidur.



Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (825H), dalam kitabnya dari para sahabat yang menerangkan mereka tidak pernah melihat Rasulullah SAW menguap.




ADAB PERTAMA:
Jika benar-benar terpaksa menguap,
-jangan keluarkan sebarang bunyi
-jangan keluarkan bunyi ‘Haaa’, “uhhh’ @ sebagainya.
-bunyi-bunyi ini disukai oleh syaitan sehingga mereka ketawa kepada orang yang keluarkannya ketika menguap.



(Hadis no:3289: Sahih al-Bukhari)
“menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa”, maka ketawalah syaitan.



ADAB KEDUA:
Jika terpaksa menguap juga,
-menutup mulut dengan tangan
-jangan biar mulut ternganga sehingga jelas ternampak intan berlian.



-Rasulullah SAW mengajar kepada kita: 
“jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya keran a sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulut yang terbuka”
(sahih Muslim, hadis no 2995)





BOLING: 
30 DISEMBER 2011
Warta, Bangi.
2.30 petang.
Kullim:



Kullim selepas solat asar di Masjid Hasanah Bangi.

Panduan Mudah Membuatkan Orang Tertarik Kepada Kita.
(faktor yang membuatkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain selain membuat mereka tertarik kepada kita)

1.      *  Jaga solat dan lakukan ibadah khusus, umum yang lain
2.       * Sentiasa bersangka baik kepada orang (walapun kita harus sentiasa berwaspada)
3.     *  Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang sekeliling kita.
    *Banyakkan sedekah sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa , nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5. * Sentiasa perbanyakkan sabar. Nabi SAW pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6.  * Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan semua orang seronok berinteraksi dengan anda.
7.  * Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain.
8.Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan menyebabkan orang lain merasa mual terhadap kita,
9.  * Amalkan sunnah-sunnah setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10. *Jika wujud sebarang perasaan sombong @ benci terhadap orang lain. Terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila mengingat mati.
11. * Sentiasa syukur & redha atas pemberian Allah SWT.
12.Sentiasa member salam & ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan sesame manusia.
13.  * Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14.   * Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15.   * Sampaikan berita baik tentang orang lain & sembunyikan kelemahan @ keburukan orang lain
16.   * Sentiasalah bermaafan sebelum berpisah dengan seseorang dan diiringi dengan doa.

“ orang tidak kisah setakat mana yang kamu tahu (berilmu). 
Sehinggalah mereka tahu yang kamu kisah terhadap mereka”




No comments:

Post a Comment