Sunday, October 23, 2011

Bengkel Pengurusan Strategik (PKPIM)

Penceramah: Kamarul Azami Mohd Zaini
Tarikh: 2 Oktober 2011 ( Ahad)
Tempat: Kolej Darul Hikmah, Sg Ramal Dalam.



Istilah:
  1. Jamaah   - sekumpulan/angkatan manusia (eg:PKPIM-ABIM-WADAH)
  2. Kaderisasi   - mengrekrut ahli/ mengekalkan ahli baru (proses yang berterusan)
  3. Tamrin   - kursus latihan
  4. Qiyadah   - pemimpin
  5. Jundiyah   - pengikut/askar
  6. Khittah   - perancangan
  7. Dakwah   - sebaran/ mengajak orang
  8. Tarbiyah   - pendidikan
  9. Tanzim Haraki   - sistem gerakan (-pemimpin <qiyadi>)
                                                      (-pengikut <jundy>)
                                                      (perancangan <khittah>)

Apakah tunjang dan pasak jemaah?
  •  Dakwah & Tarbiyah
Mengapa anda di sini?
  • Dipilih Allah SWT
Peranan anda di sini?
  • Memahami Tanzim Haraki

        * Matsurat hendaklah dijadikan rutin seharian*  
(terselit doa-doa untuk lembutkan hati, bersemangat untuk berjuang dalam gerakan dan sebagainya)

Pengurusan Strategik:

  • merangka kerja yang tersusun & sistematik
  • berkaitan dengan membuat keputusan yang terbaik

Kepentingan:
  • fahami tentang dalaman & persekitaran jemaah dari sudut terkanan, perubahan semasa & akan datang secara sistematik.
  • jadikan jemaah bertindak secara proaktif untuk berhadapan dengan sebarang tekanan @ perubahan serta memimpin perubahan tersebut.
  • supaya setiap keputusan jemaah itu betul dari sudut keputusan & tindakan juga kepada orang, tempat, masa & perbelanjaan yang betul.

Proses 1:
  1. pembentukan
  2. pelaksanaan
  3. penilaian

Proses 2 (proses dakwah):
  1. pengenalan
  2. pembentukan
  3. pelaksanaan

* Proses pembentukan
  1. organization
  2. direction
  3. scope
  4. swot analysis

* Proses pelaksanaan
  1. penuhi visi & misi
  2. sumber - manusia/alat
  3. motivasi
  4. kesinambungan - proses dakwah
                 (dalam kepala, harus ada kisah-kisah nabi, hadis, isu semasa, persoalan. dsb...)

          * usrah mesti ada hasil ---> hasil dakwah &tarbiyah *
        
     * jadi, naqib/naqibah harus pimpin usrah ---> melatih diri sendiri *


   5. pembudayaan
  • naqib/pimpinan
  • latihan ahli jamaah
  • pengenalan jamaah
  • program umum
  • pengenalan

* Proses penilaian
  1. muktamar
  2. retreat
  3. post mortem

Kesan:
  • lebih fokus perkara utama dalam usaha dakwah & tarbiyah, semasa/ setempat
  • meningkatkan usaha mempelbagaikan produk-produk dakwah agar menarik minat mad'u jamaah
  • setiap usaha yang dilakukan, kita akan sentiasa melihat keutamaan kepada apa yang mad'u kita terimaberbanding nilai yang kita perolehi
  • pengagihan sumber yang lebih berkesan khususnya dari sudut maklumat, hubungan sumber dakwah & tarbiyah
  • peka dengan persekitaran ruang lingkup kita

Fokus Jamaah:
* DAKWAH
  • Islam yang benar
  • hubungan ihsan & insan
  • semasa
* TARBIYAH
  • kejituan iman
  • pembinaan fikrah (melalui program)
  • latihan pembangunan
  • istiqamah

 * apabila hubungan dengan Allah tidak lancar,hubungan dengan manusia juga tidak akan lancar *

              * kemahiran bercakap boleh dilatih melalui usrah *





No comments:

Post a Comment